Lady Driver Uolss!!

My new post for this blog..Suka untuk saya share tentang apa yang berlaku. Lately ni, saya dah jadi macam lipas kudung. Kejap ke sana, kejap ke sini..Tau-tau, sampai rumah, letak kepala atas bantal dan terus hilang entah ke mana..Penat ya ampun! Tapi iyalah..suka atau tak, saya kene hadap jugak. Sebab sayangkan mak. Iya, mak tak sihat sangat. Umur pun dah 73 tahun. Oleh sebab rumah saya banglo empat tingkat (Ceewah) jadi kami adik beradik sepakat suruh mak duduk kat rumah adik.

Saya tahu mak rindukan cucu-cucu dia yang lasaknya Allahhurabbi!! Lagi satu, saya pun rindukan mak. Sebab tu saya gagahkan diri ulang-alik hari-hari dari rumah adik, antar anak ke sekolah dan lepas tu baru shoot terus ke pejabat. Penat sangat-sangat tetapi hikmahnya, SAYA SAMPAI AWAL TIAP-TIAP HARI...hehe...Berbaloi la kan.

Waktu ni lah saya rindukan dia. Dulu, kalaupun dia sibuk, dia takkan biar saya drive kereta lewat malam. Bahaya katanya.

"Sayang balik awal. Lepas abis kerja terus ke rumah. Jangan nak merayau plak! Sekarang ni, macam-macam perangai orang. Kita tak boleh nak jangka. Lagi satu, hand bag sayang, tolong letak kat bawah seat. Jangan nak menunjuk sangat!"

Hmm..Panas jugak telinga saya mendengarnya..Biasalah, kalau lelaki membebel memang kalah perempuan..Nak tak nak, saya tadah je lah telinga. Sampai sekarang saya masih ingat pesan dia. Walaupun kami dah lama tak 'jumpa'. Susah untuk saya explain apa yang saya rasa tetapi saya tahu, ke mana saya pergi, dia pasti ada di sisi menemani. So, mari kita kongsi beberapa tips dari dia mengenai

KESELAMATAN PEMANDUAN UNTUK WANITA

1. Letak barang berharga (beg tangan) di bawah tempat duduk
2. Simpan segala mak nenek laptop ke, tablet ke handphone ke kat tempat yang tersorok
3. Cuba elak dari lalu kat kawasan yang sunyi atau gelap
4. Segera memandu ke kawasan yang menjadi tumpuan (stesen minyak atau terus ke balai polis)
    sekiranya menyedari kenderaan anda diekori
5. Sentiasa kunci pintu setiap kali berhenti mengisi minyak atau masuk ke kedai (walaupun sekejap)




Comments

Popular posts from this blog

Oksigen, sila datang!!